Sunday 30 September 2012


Analisis soal selidik

Bil
Soalan
Ya(%)

Tidak(%)
1
Produk ini mampu menembusi pasaran tempatan?

93.33

6.67
2
Anda rasa produk ini relevan untuk kegunaan makmal sekolah?

96.67

3.33
3
Jika anda guru sains, anda membeli produk ini untuk makmal sains sekolah anda?

93.33

6.67
4
Produk mempunyai ciri-ciri keselamatan makmal sains sekolah?

100

0
5
Produk mencapai konsep kekuatan & kestabilan?

100

0
6
Adakah produk senang disimpan dan disenggara?

80

20

Soalan 1:
Produk ini mampu menembusi pasaran tempatan?
Seramai 93.33% pengunjung bersetuju bahawa produk ini boleh menembusi pasaran. Ada sesetengah pengunjung mencadangkan produk ini dikemaskan dengan kemasan cat bagi membolehkan produk ini lebih menarik dan boleh menarik perhatian pengguna.
Soalan 2:
Anda rasa produk ini relevan untuk kegunaan makmal sekolah?
Seramai 96.67% pengunjung bersetuju bahawa produk ini relevan untuk kegunaan makmal sekolah. Hal ini kerana produk ini dapat memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan dengan menggunakan kelalang dasar bulat. Selain itu, penggunaan produk ini lebih sesuai berbanding menggunakan kaki retort dan pengepit. Di samping itu, penggunaan produk adalah relevan kerana bahan penghasilan produk boleh didapati daripada lebihan kayu-kayu dari bengkel kemahiran hidup.
Soalan 3:
Jika anda guru sains, anda membeli produk ini untuk makmal sains sekolah anda?
Seramai 93.33% responden bersetuju untuk membeli produk ini untuk makmal sains sekolah. Hal ini kerana produk ini dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti di makmal. Terdapat juga pengunjung mencadangkan agar produk ini dijadikan produk pelbagai guna di mana fungsi untuk memegang tabung uji dan tabung didih ditambah. Ini lebih membuatkan produk ini berbaloi untuk dibeli.
Soalan 4:
Produk mempunyai ciri-ciri keselamatan makmal sains sekolah?
Seramai 100% pengunjung bersetuju bahawa produk ini memenuhi ciri-ciri keselamatan makmal sains sekolah. produk ini diperbuat daripada bahan yang tidak mudah pecah. Ini membolehkan guru membenarkan murid-murid menjalankan aktiviti dengan lebih yakin. Selain itu, ia juga diperbuat daripada kayu di mana ia adalah penebat.
Soalan 5:
Produk mencapai konsep kekuatan & kestabilan?
Semua responden bersetuju bahawa produk yang kami hasilkan memenuhi konsep kekuatan dan kestabilan. Produk ini kuat kerana ia diperbuat daripada papan lapis yang tebal. Maka, ia mampu menampung isipadu maksimum cecair di dalam kelalang. Di samping itu, tapak ia stabil kerana luas tapak produk adalah besar. Kelalang dasar bulat tidak mempunyai tapak yang rata dan stabil. Maka, dengan penggunaan produk ini membantu kelalang dasar bulat untuk menjadi lebih stabil.

Soalan 6:
Adakah produk senang disimpan dan disenggara?
Seramai 80% pengunjung bersetuju bahawa produk ini senang disimpan dan juga diselenggara. Hal ini kerana produk dapat disimpan dengan cara digantung atau diletakkan di dalam almari atau rak. Sesetengah pengunjung tidak bersetuju kerana saiz produk agak besar. Jadi, ia mengambil ruang yang besar untuk proses penyimpanan. Cadangan mereka ialah mengecilkan saiz tapak produk dengan mengambil kira faktor kestabilan produk yang relevan dengan kelalang dasar bulat. Selain itu, terdapat juga pengunjung yang mencadangkan produk yang boleh dilaraskan mengikut saiz kelalang dasar bulat.

Respon pengunjung:
Sesetengah pengunjung mencadangkan agar dikemaskan produk dengan menggunakan syelek. Selain itu, terdapat respons yang mencadangkan agar produk dicipta dengan lehernya boleh laras. 

No comments:

Post a Comment