Sunday 30 September 2012

maklum balas daripada pameran

Selepas menjalankan pameran, kami mendapat maklum balas tentang kelebihan dan kekurangan produk kami. 

Kelebihan:
*mampu menampung isipadu cecair pada jumlah maksimum
*kos penghasilan adalah rendah 
*mobiliti adalah baik  di mana ianya ringan dan boleh dibawa ke 
 mana-mana sahaja
*senang disimpan di mana ia boleh disusun dalam rak atau 
 digantungkan pada dinding malah kuat dan kukuh
*sangat stabil kerana tapak yang dibina adalah besar dan 
 diperbuat daripada kayu  
  
Kekurangan:
*saiz produk besar dan mungkin menyukarkan proses penyimpanan. 
*produk ini juga tidak mempunyai pelbagai fungsi
~kerana produk yang kami hasilkan ini tidak boleh digunakan 
 untuk pemanasan cecair
~ Ia juga tidak boleh dilaraskan penyokong lehernya sebagaimana 
   penggunaan kaki retort dan pengepit   
* produk kami juga tidak dikemaskan dengan baik dan rapi
~Produk yang dihasilkan tidak menggunakan sebarang kemasan cat 
 atau syelek
*produk tidak boleh digunakan untuk semua saiz kelalang dasar 
 bulat

Cadangan penambahbaikan
*menghasilkan produk yang mempunyai tapak yang lebih kecil namun 
 stabil
*menggunakan bahan yang tahan panas seperti besi
*membuat penyokong leher yang boleh laras
*produk yang dihasilkan dikemaskan dengan menggunakan kemasan  
 cat atau syelek
*menyediakan pemegang kelalang bulat yang boleh dilaras mengikut 
 saiz kelalang     

No comments:

Post a Comment