Tuesday 11 September 2012


kekuatan dan kestabilan bangunan

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah rumah anda boleh dibina tanpa roboh apabila datangnya angin yang kuat? Pelbagai bentuk rumah serta bangunan yang dibina di dunia ini. Apakah sebab bangunan tersebut tidak runtuh? Hal ini dipengaruhi oleh kestabilan dan kekuatan...





Kekuatan sesuatu bangunan dipengaruhi oleh faktor:
*jenis  bahan yang digunakan
*bagaimana struktur tersebut ditempatkan

contoh, penggunaan bahan  dalam pembinaan bangunan daripada konkrit dan keluli adala lebih kuat berbanding penggunaan bahan  kayu.

Kestabilan bangunan pula dipengaruhi oleh faktor:
*bentuk bangunan
*luas tapak struktur 
*ketinggian bangunan

bentuk peramid adalah lebih stabil berbanding silinder walaupun mempunyai luas tapak yang sama.

keluasan tapak yang lebih besar meningkatkan kestabilan sesuatu bangunan

bangunan yang lebih rendah adalah lebih stabil berbanding bangunan yang tinggi

setakat ini dahulu perkongsian kita..jumpa di post yang lain....annyeong semua..:)


No comments:

Post a Comment